Monday 21 November 2016

MUT 24 SHOM

MUT 24 SHOM


Apa MUT 24 SHOM ni???? Okey meh yana nak story sikit…
MUT tu maksudnya Majlis Ulang Tahun yang ke 24 Sahajidah Hai-O

Pada 19 Nov 2016, Kami dijemput untuk sama-sama meraikan Majlis Ulang Tahun Syarikat di MIECC Serdang. 
Betapa seronoknya dan happy nya dapat pergi..Ye la kalau ikutkan ini adalah kali pertama yana merasainya…Pada mula nya yana rancang untuk pergi bersama husband yana dan rakan kongsi yana…tapi last minit husband yana dipanggil untuk bertugas di office nya pada hari yang sama….manakala rakan kongsi yang lain last minit bagi tahu tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan….Jadi yana ingat terpaksa lah yana drive sendiri ke sana…tapi nasiblah sehari sebelum tu rakan kongsi yana Pai dan yaya telah offer untuk pergi sekali..tak ada lah yana kena pergi & drive sorang-sorang kan..atleast ada juga teman borak sebelum sampai ke majlis berkenaan kan hehehe..

Pai & yaya datang ambik yana di rumah dalam 9.40 pagi macam tu…kami terus gerak ke MIECC Serdang..ambik masa dalam 45 minit hingga ke 50 minit juga lah nak sampai..Majlis bermula jam 10 pagi kami sampai dalam 11 lebih macam tu..



Mula-mula nak masuk je dah sesak kat luar dewan…ramai betul tau..memang sesak la..mana yang nak bergambar..nak masuk dewan..nak ambik free gift dari Syarikat..tu baru kat luar..tak sangka pulak dah lepas entrance tu Yana terkejut kerana hampir separuh dewan dah penuh dan majlis pun dah bermula..



Lupa pula nak cerita Majlis ni bukan sahaja Majlis Ulang Tahun malah Majlis ini majlis meraikan Crown Diamond Manager (CDM) yang Sales mereka Berjaya sehingga 2 JUTA SALES

WOWWWWWWWW!!!!!

Terbeliak kan biji mata semua..hehe..tak percaya ke?????Betul lah kalau tak percaya jom jumpa yana…yana boleh tunjuk kat uooolllsss macam mana mereka boleh buat sales macam tu..sebab yana pun sekarang buat benda yang sama macam mereka buat juga tau J



Sambung cerita Yana semula…
masa mula masuk persembahan dari artis Korea..tak ingat pula namanya ye la dah nak habis pun persembahan beliau masa yana masuk tu..hehehehe..selepas persembahan habis..perarakan masuk semua CDM dari seluruh tempat..bukan sahaja Malaysia…Brunei dan Indonesia pun ada juga tau....jangan percaya selagi uolllsss belum join Business ni hehe J 

Permulaan Prearakan masuk CDM

Masa mereka lalu je pun dah terasa aura mereka tau sampaikan Yana pasang niat InsyaAllah sedikit masa lagi Yana pula yang akan berarak bersama mereka..nampak tak betapa besarnya impian Yana…

Kemudian kami diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan Hai-O Perjuangan ku…

Yana sejak masuk dalam business ni yana suka dengar lagu Hai-O perjuangan ku ni..kerana senikata dalam lagu ini memang kena dengan apa yang yana tengah buat sekarang..setiap senikata lagu berkenaan memang memberi makna..Nanti yana try share lagu tu di entry yana akan datang ye..

selepas lagu habis dinyanyikan tiba-tiba ada satu announcement yang mendebarkan sebab kami diminta duduk ditempat sendiri tak boleh bergerak dan lalu di laluan yang sedia ada kerana ada kejutan yang akan dipersembahkan..dengan berdebarnya kami menunggu kejutan itu….sekali kami dengar bunyi motor berkuasa besar dari arah belakang dewan dan tunggu dengan excitednya apa yang akan berlaku selepas itu…apabila motor itu sudah berlalu sehingga kedepan pentas diumumkan salah seorang yang membawa motor berkuasa tinggi itu adalah mentor kami
 Jutawan CDM Azlan Deraman…untuk sesi merasmikan Majlis UlangTahun ke 24 SHOM…dengar pula MC bagi tahu Motor yang dibawa masuk itu adalah Milik CDM Azlan Deraman sendiri….

wow memang hebat la!!!

Sesi seterusnya adalah penyampaian sepatah dua kata dari VVIP yang dijemput pada hari itu..kemudian diteruskan dengan penyampaian 
Excellent Award 2016..salah seorang dari group TLC adalah penerimanya..memang bangga lah tengok mereka naik pentas terima award berkenaan…pasang niat juga sedikit hari lagi Yana kena juga naik untuk terima award itu J

Kemudian Yana n team keluar untuk bertemu bersama mentor-mentor kami..kerana ada sedikit ilmu dan amanat yang hendak disampaikan kepada kami..tak kira tempat..mentor sentiasa akan curi masa untuk sampaikan ilmu dan amanat kepada kami..supaya kami sentiasa paham dan pandai dalam buat business ini..memang seronok bila mentor-mentor dah pegang kuat diri kita untuk Berjaya..

DDM Salina Salleh tengah bagi ilmu an amanat

cuba uolls bagi tahu yana… 

business mana yang ada mentor..business mana yang ada orang ajar kita cara buat business..business mana yang ada orang ketuk kita untuk Berjaya..business mana yang ada orang bantu kita menyelesaikan masalah…bagitahu yana business apa je yang ada semua ni..

jawapan yana adalah business bersama SHOM yang ada semua ini.

Kemudian kami ada sesi Photo Group TLC..



yana tak dapat join masa ni kerana berada di surau..tak apa janji yana dapat hadirkan diri di majlis gilang gemilang ini..bersambung pula dengan sesi penyampaian award untuk CDM-CDM baru 2016…

wow tengok diorg naik pentas terima award yana yang meremang bulu roma…mana tak nya mereka naik bersama orang yang banyak memberi support pada mereka iaitu kalau bukan husband mereka sendiri…

Yana memang pasang niat inilah GAMBARAN AKU PADA MASA HADAPAN..

Untuk capai seperti ini yana perlu korbankan masa sekarang untuk berusaha kuat mencapai kejayaan seperti mereka juga!!!

Yana nak Tanya siapa minat Ayda Jebat???????

Surpriseeeeee Ayda Jebat in the house yooooo J 




Syarikat menjemput tetamu undangan khas Ayda Jebat untuk sama-sama meraikan Majlis Ulang Tahun kali ini..Ayda Jebat ni memang kecik molek je..super cute…walaupun tak sihat tapi tetap berikan persembahan yang terbaik dan sporting melayan kerenah peminatnya..
memang best la!!!

Apabila makin hampir pada penghujung nya, giliran CDM pula memberikan persembahan dengan lagu baru SHOM..memang meriah pentas, malah bukan pentas je..bawah pentas pun meriah juga kerana masing-masing turut serta bersama CDM menarikan lagu baru SHOM..nampak tak betapa bersemangat nya keluarga SHOM ini..

Selesai sahaja persembahan CDM, yana tengok jam dah hampir 5.30 petang..badan pun dah terasa penat..perut pun dah terasa lapar..

opppss lupa nak cerita..

yana pagi tu just breakfast dengan 2 keping kek pisang dan secawan MinKaffe je tau..tapi yana tak berasa lapar sehingga la petang nak balik tu..kerana apa???? Hehe di badan yana tersarung PREMIUM BEAUTIFUL..Kerana itulah yana tak berasa lapar dan bertenaga kerana Min Kaffe..hebatkan penangan 

PREMIUM BEAUTIFUL & MINKAFFE!!!

Belanja sikit ootd MUT 24 SHOM
ootd MUT 24 SHOM

Bila waktu berpisah bersama mentor-mentor dan rakan-rakan rasa sedih juga…ye la masing-masing duduk jauh-jauh..bila ada event sahaja baru dapat berjumpa..
sebelum berpisah mentor sempat lagi berpesan supaya jangan putus asa..

yakin dengan apa yang yana buat sekarang..

berusaha kuat untuk dapat 
KEBEBASAN MASA DAN KEWANGAN..

Insya Allah yana pegang kuat dengan pesanan mentor-mentor..

Kepada uolls yang dah baca story yana dan berminat nak join yana dalam Keluarga Top Leaders Circle By SHOM ni

boleh la contact yana

 kerana jika uolls tidak mengubah kehidupan uolls sekarang memang rugi…

jika uolls rasa saving untuk diri sendiri masih belum mencukupi, 

saving untuk anak-anak masih belum ada, 

untuk memberi sedikit wang kepada parents pun tak boleh..

grab la peluang yang sedia ada ini untuk mengubah kehidupan uolls..

jangan malu untuk mencuba,

jangan block kan diri anda..

bukti dah ada depan mata tinggal untuk bertindak sahaja!!


CUBA SEBELUM MENGALAH, 

BERUSAHA KUAT UNTUK BERJAYA…

TAWAKAL DAN PERCAYA PADA KEKUASAAN ALLAH…

INSYAALLAH REZEKI TAK PERNAH SALAH ALAMAT



PB EXPERT BY CDP
CDP BY TLC

NORAZIANA

0125982258