Tuesday 10 October 2017

TRAGEDI 29 SEPT 2017

Assalamualaikum Pembaca Blog!


Lama rasanya Yana tak update blog kan..Hal ini kerana Yana bercuti memulihkan semula semangat yang hilang.


Pada 29 September 2017 adalah 1 peristiwa yang Yana susah untuk Yana lupakan sehingga Yana trauma. Pada tarikh itu sebenarnya Yana dan Team One HR iaitu tempat Yana bekerja sekarang perlu ke Melaka untuk menghadiri 1 Mesyuarat yang dah dirancang sebelum nya lagi dan kami juga merancang selepas mesyuarat itu, kami akan ronda-ronda makan angin di Melaka.


Tapi kita hanya mampu merancang Allah menetukan segalanya. Jam 7.25 pagi baru sahaja kami bergerak kami telah mengalami KEMALANGAN!


Yana sendiri yang pandu kereta, dan jika semua tanya macam mana ia berlaku? jawapannya Yana tidak tahu dan tak pasti bagaimana ia berlaku kerana kemalangan itu berlaku sekelip mata dan kami yang berada dalam kereta tak tahu macam mana ia berlaku!


disebabkan kemalangan itu, Boss Yana mengalami kecederaan yang agak teruk di bahagian kening sehinggakan perlu mendapatkan jahitan kerana luka nya agak dalam sehingga menampakkan tulang di bahagian kening. Untuk pengetahuan semua sampai sekarang kami masih tiada jawapan apa yang menyebabkan Boss Yana dapat kecederaan seperti itu.


Alhamdulillah kawan2 Yana yang lain tidak mengalami kecederaan. 


Yana? 


okay kerana kemalangan ini Yana mendapat kecederaan ditangan iaitu crack di Jari Hantu! 


Dan kecederaan ini Yana dapat tahu pada malam kemalangan sebab Yana sibuk menguruskan segala hal kemalangan itu dan tak sangka Yana juga mendapat kecederaan.


Sebenarnya sebelum ini Yana pernah je mengalami kemalangan tapi perbezaannya bukan Yana yang memandu jadi tak terasa sangat walaupun mengalami kecederaan. Tapi kemalangan ini Yana yang memandu, Yana bukan sahaja mengalami kecederaan malah Yana mengalami TRAUMA!


Yes TRAUMA yang membuatkan Yana tak boleh tidur, tak boleh makan dengan baik, tak boleh berfikir dengan baik.

 Selepas kejadian itu sepatutnya Yana MC untuk beberapa hari tapi disebabkan Audit masih belum settle Yana masuk Office juga untuk settlekan semua sebelum Yana MC. Yana hanya mampu bertahan setengah hari selepas itu Yana dah tumbang rehat dalam surau!

Akhirnya selepas Audit selesai Boss Yana minta Yana rehat di rumah beberapa hari untuk pulihkan semula semangat Yana, rehatkan tangan Yana yang mengalami kecederaan. Memang masa ni badan Yana betul-betul lemah sehinggakan Yana hanya mampu untuk berfikir setengah hari je..selepas itu Yana akan blur! Jadi bila diberi cuti rehat Yana betul2 rehatkan badan dan minda Yana.


Husband Yana juga melarang untuk Yana tengok Phone dan Laptop dan minta Yana untuk rehat sepenuhnya. Oh ya untuk pengetahuan semua Yana juga mengalami demam panas dan demam urat. Kerana itu lah husband Yana melarang untuk melihat Phone dan Laptop.


Alhamdulillah selepas seminggu kejadian, Yana semakin pulih dan trauma Yana beransur hilang. Makan dah selera seperti sedia kala, tidur pun dah mula lena dan Yana juga dah boleh memandu semula!


Harini Yana menulis disini Yana dah semakin pulih, Terima kasih pada semua yang sentiasa mendoakan yang baik2 untuk Yana. Yana juga mendoakan yang baik2 untuk anda juga.

InsyaAllah selepas ni Yana akan beraksi semula seperti sebelum ini malah akan jadi lebih baik. Kedai Yana tak pernah tutup ye..ada sahaja regular customer yang repeat oder tapi husband Yana yang tolong delivery.


Ini bagusnya ada mini stokis di rumah, Yana tak mampu untuk keluar ke stokis tapi Yana dapat penuhi permintaan customer kerana Yana mempunyai MINI STOKIS di rumah Alhamdulillah.


Okay itu sahaja Yana nak cerita harini sebab tangan tak kuat lagi nak gerak banyak, Terima kasih sudi luangkan masa untuk baca Blog Yana :-)