Thursday 24 May 2018

SERTAI SAHAJIDAH HAI-O PERCUMA BODY WASH BERHARGA RM38

Nak Join #TeamYana? Nak Jadi Ahli SHOM? Tapi tak tahu caranya? Meh Yana Guide caranya 😉



Nampak tak kat gambar tu Nak Bagi FREE ni 😍
Tapi bukan Yana yang bagi ye, itu SHOM yang bagi FREE tau.


Daftar RM50 je terus dapat stok in hand. 
Stok apa? 
Stok Body Wash Bernilai RM 38.
Untungnya Uollss!!!
Nak guna sendiri boleh, nak buat rolling modal balik pun boleh.

Okay sebelum tu mesti Uolls tertanyakan


Apa kelebihan jadi ahli? Okay meh Yana Story sikit ye 😊

1. Dapat beli product kecantikkan dan kesihatan dengan harga JIMAT. Jimat sampai 20%. Kita beli harga ahli, jual harga pasaran. Dah dapat UNTUNG RUNCIT kat sini.


2. Ada UNTUNG BONUS dan rebate. Setiap belian, ada point yang akan di tukar pada CASH. Cash tu dapat setiap bulan bila kita ada buat belian barang.

3. Product VIRAL. Sangat-sangat viral sebab FAZURA adalah duta bisnez kami.

4. Setiap product di kawal selia JAKIM, KKM dan KPDNKK. Sangat selamat nak guna dan tak perlu ragu nak jual pada orang lain.

5. Ada hadiah menarik untuk yang achieve target. Target tak besar mana pun. Semua mampu achieve. Lagipun ilmu copywritting dan teknik hasilkan gambar menarik di guide PERCUMA. Ilmu FREE all the time. 

6. Peluang dapat pergi SWISS dan GERMAN tahun 2018

7. Ada payslip tau. Payslip ni laku buat beli kereta atau aset yang lain.

8. Buat dengan ILMU dan TINDAKAN yang betul, dalam masa kurang dari setahun, berpeluang merasa pegang income 10,000 ke atas sebulan tanpa putus.

Best kan. Tu baru sikit je benefit yang Yana sebut tau. Ada banyak lagi hadiah yang best-best dalam business ni. Syarikat pun dah 25 tahun. Jadi Jom la kita mula daftar sekarang. RM50 je untuk dapat income 5 angka sebulan. uolls buat, confirm uolls dapat 😉                                                                                                                                                                                                                                                   
                                                                                                                                                                                                                                                                                 







Wednesday 13 December 2017

MIN CHA MILK TEA (DRINK LIKE A CELEBRI - TEA)



MinCha dirumuskan dengan daun Teh hitam berkualiti Premium dan Garam Buluh untuk memberikan rasa unik yang tersendiri, 
berbeza dengan Teh Tarik biasa yang pernah uolls nikmati sebelum ini.

Minuman yang beraroma, bertekstur halus dan berkrim menambat cita rasa semua dan memberi pengalaman indah ketika menikmatinya.

Bak kata Duta MinCha Milk Tea sendiri - Puan Fazura "Drink like a celebri-tea" 😍

kalau dah asyik termimpi-mimpi minum seperti Suri Hati Fattah ni, dah boleh lah Pm Yana 😉


AGENT DIPERLUKAN!






MARINE ESSENCE BAMBOO SALT NOURISHING HAIR CONDITIONER



TAK LENGKAP RASANYA JIKA DAH SHAMPOO RAMBUT TAPI TAK DISUDAHI DENGAN PERAPI RAMBUT KAN?


PERKENALKAN PRODUK TERBARU MARINE ESSENCE, PERAPI RAMBUT MARINE ESSENCE


TANPA SABUN


TANPA PARABEN


TANPA SLES


ANTIBAKTERIA


TANPA MINYAK MINERAL



MEMANG SESUAI DIJADIKAN SET SPA DI RUANGAN PERIBADI UOLS SENDIRI 😍


ehh jangan la geram-geram gigit bibir tu.

 Jika rusuk sampai dah bergetar tu, boleh la masuk meminang Set Marine Essence.


Nak Body Wash sahaja pun boleh,


Nak Beauty Bar sahaja pun boleh


Nak Shampoo sahaja pun boleh,


Nak Perapi Rambut sahaja pun boleh,


Nak Body Scrub sahaja pun boleh,


Nak Ubat gigi sahaja pun boleh,


Nak Semua 1 Set lagi la boleh 😉


AGENT DIPERLUKAN!




MARINE ESSENCE BAMBOO SALT NOURISHING BODY SCRUB


SCRUB BADAN BERKHASIAT GARAM BULUH MARINE ESSENCE

TANPA SABUN


TANPA PARABEN


ANTIBAKTERIA


TANPA WANGIAN TIRUAN


TANPA SLES


TANPA MINYAK MINERAL


PENGELUPAS SEMULA JADI 100%


kalau berkenan di hati, boleh pm tepi 😉


AGENT DIPERLUKAN!




Tuesday 10 October 2017

TRAGEDI 29 SEPT 2017

Assalamualaikum Pembaca Blog!


Lama rasanya Yana tak update blog kan..Hal ini kerana Yana bercuti memulihkan semula semangat yang hilang.


Pada 29 September 2017 adalah 1 peristiwa yang Yana susah untuk Yana lupakan sehingga Yana trauma. Pada tarikh itu sebenarnya Yana dan Team One HR iaitu tempat Yana bekerja sekarang perlu ke Melaka untuk menghadiri 1 Mesyuarat yang dah dirancang sebelum nya lagi dan kami juga merancang selepas mesyuarat itu, kami akan ronda-ronda makan angin di Melaka.


Tapi kita hanya mampu merancang Allah menetukan segalanya. Jam 7.25 pagi baru sahaja kami bergerak kami telah mengalami KEMALANGAN!


Yana sendiri yang pandu kereta, dan jika semua tanya macam mana ia berlaku? jawapannya Yana tidak tahu dan tak pasti bagaimana ia berlaku kerana kemalangan itu berlaku sekelip mata dan kami yang berada dalam kereta tak tahu macam mana ia berlaku!


disebabkan kemalangan itu, Boss Yana mengalami kecederaan yang agak teruk di bahagian kening sehinggakan perlu mendapatkan jahitan kerana luka nya agak dalam sehingga menampakkan tulang di bahagian kening. Untuk pengetahuan semua sampai sekarang kami masih tiada jawapan apa yang menyebabkan Boss Yana dapat kecederaan seperti itu.


Alhamdulillah kawan2 Yana yang lain tidak mengalami kecederaan. 


Yana? 


okay kerana kemalangan ini Yana mendapat kecederaan ditangan iaitu crack di Jari Hantu! 


Dan kecederaan ini Yana dapat tahu pada malam kemalangan sebab Yana sibuk menguruskan segala hal kemalangan itu dan tak sangka Yana juga mendapat kecederaan.


Sebenarnya sebelum ini Yana pernah je mengalami kemalangan tapi perbezaannya bukan Yana yang memandu jadi tak terasa sangat walaupun mengalami kecederaan. Tapi kemalangan ini Yana yang memandu, Yana bukan sahaja mengalami kecederaan malah Yana mengalami TRAUMA!


Yes TRAUMA yang membuatkan Yana tak boleh tidur, tak boleh makan dengan baik, tak boleh berfikir dengan baik.

 Selepas kejadian itu sepatutnya Yana MC untuk beberapa hari tapi disebabkan Audit masih belum settle Yana masuk Office juga untuk settlekan semua sebelum Yana MC. Yana hanya mampu bertahan setengah hari selepas itu Yana dah tumbang rehat dalam surau!

Akhirnya selepas Audit selesai Boss Yana minta Yana rehat di rumah beberapa hari untuk pulihkan semula semangat Yana, rehatkan tangan Yana yang mengalami kecederaan. Memang masa ni badan Yana betul-betul lemah sehinggakan Yana hanya mampu untuk berfikir setengah hari je..selepas itu Yana akan blur! Jadi bila diberi cuti rehat Yana betul2 rehatkan badan dan minda Yana.


Husband Yana juga melarang untuk Yana tengok Phone dan Laptop dan minta Yana untuk rehat sepenuhnya. Oh ya untuk pengetahuan semua Yana juga mengalami demam panas dan demam urat. Kerana itu lah husband Yana melarang untuk melihat Phone dan Laptop.


Alhamdulillah selepas seminggu kejadian, Yana semakin pulih dan trauma Yana beransur hilang. Makan dah selera seperti sedia kala, tidur pun dah mula lena dan Yana juga dah boleh memandu semula!


Harini Yana menulis disini Yana dah semakin pulih, Terima kasih pada semua yang sentiasa mendoakan yang baik2 untuk Yana. Yana juga mendoakan yang baik2 untuk anda juga.

InsyaAllah selepas ni Yana akan beraksi semula seperti sebelum ini malah akan jadi lebih baik. Kedai Yana tak pernah tutup ye..ada sahaja regular customer yang repeat oder tapi husband Yana yang tolong delivery.


Ini bagusnya ada mini stokis di rumah, Yana tak mampu untuk keluar ke stokis tapi Yana dapat penuhi permintaan customer kerana Yana mempunyai MINI STOKIS di rumah Alhamdulillah.


Okay itu sahaja Yana nak cerita harini sebab tangan tak kuat lagi nak gerak banyak, Terima kasih sudi luangkan masa untuk baca Blog Yana :-)





Thursday 28 September 2017

DARI MULA DARI AWAL, BODY SHAPE BAK HOURGLASS!



“ Selain Menjaga makan, Saya sentiasa pakai GIRDLE & BODYSUIT (CORSET)”- Ziana Zain


WOWWWW! 


itu lah RAHSIA besar Ziana Zain nampak CANTIK dan KEKAL LANGSING rupanya.


Betul tau, orang perempuan ni nak kekal langsing bukan mudah tau. 

Kalau dari sekarang uols tak jaga dengan betul, jangan dipersoalkan kenapa bentuk badan uols tak seperti uols idamkan.


Setiap wanita perlu jadikan Corset sebagai pakaian dalam UTAMA!


****************************************


Apa yang Bagus sangat corset Premium Beautiful ni?


Nak cerita sikit la kat uols Premium Beautiful ni dah lebih 21 tahun berada di pasaran kiranya Premium Beautiful ni Corset paling otai la.


Ini kerana kelebihan yang ada pada Premium Beautiful membuatkan Uolss boleh Jatuh CINTA berkali-kali dengan Premium Beautiful.


Antaranya :-


 Mempunyai Tiga Bahagian Yang Perlu Dipakai, Korset Ni Tak Perlu Di Buka Sepenuhnya Bila Ke Tandas.


 Fabrik yg mudah kering tak berbau dan tak berpeluh


 Fabric Premium Beautiful Sangat Memeri Dan Tak Akan Mengembang Walau Di Pakai Beribu Hari.


 Setiap Bebenang Kain Di Sulam Tenun Dengan Far InfraRed Rays (FIR)


Dan yang paling- paling best

Satu satunya Corset Celebrity yang ada LIFETIME WARRANTY 


Okay lah itu baru Yana cerita kelebihan Premium Beautiful kan, tapi apa kesan yang uols dapat bila menyarung Corset Premium Beuatiful ni pula?


Kesan daripadanya adalah:-


 Kesan Ramping Pada Pinggang Serta Merta
 Cekap Mengawal Makanan


 Strechmark Pudar Hampir 90%


 Peha Tak Lagi Bergesel
 Menaikkan Peranakkan Yang Mudah Jatuh
 Cepat Kecutkan Rahim Lepas Bersalin
 Kurangkan Masalah Slip Disc / Scoliosis Dan Sakit Belakang


Sebenarnya kan banyak lagi yang menarik tentang Premium Beautiful ni, tapi lagi best kalau uols sendiri dapat rasa dan pegang sendiri Premium Beautiful ni..

confirm uols terus jatuh hati.


Nak cantik dan Mantop seperti kak Ziana? 

Sediakan Corset peribadi uols dari sekarang.


Tawaran menarik Yana sediakan FREE CONSULTATION & FREE FITTING serta FREE GIFT menarik untuk uols.


Yana juga mencari wakil yang berminat untuk jadi Mini Stokis/Stokis Bergerak, boleh whatsapp laju2 kat Yana ye

#No1CertifiedPremiumBeautifulExpert#PremiumBeautifulShahAlam#PremiumBeautifulPuncakAlam#PremiumBeautifulSelangor



Tuesday 26 September 2017

EFFECT MINKAFFE UNTUK IBU MENGANDUNG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua :-)

Harini Yana nak share sikit la pasal MinKaffe untuk ibu2 mengadung atau Preggy Mommy.



Okay la baru-baru ni Yana ada dengar orang bercakap

"Jangan minum MinKaffe banyak sangat, nanti baby keluar kena kuning"

Ha dengar ayat ni Yana tak tahu nak gelak ke apa (Tapi gelak juga la ye haha), ye la mana dapat info tu pun Yana tak tahu la. 

Yana yang selalu share info MinKaffe ni pun tak pernah dengar lagi testimoni yang keluarkan info macam tu.

Meh Yana nak share info sebenar untuk Mommy to Be supaya tak berasa was-was untuk mengamalkan MinKaffe sepanjang kehamilan dan dalam pantang untuk menyusukan baby nanti ye.




MinKaffe ni sebenarnya memang sesuai untuk ibu mengandung dan menyusukan baby, MinKaffe sama sekali tidak memberikan effect kepada baby dalam perut atau baby yang menyusu.

Kalau kopi 3 in 1 dekat pasaran tu, ye mungkin tak sesuai untuk ibu mengandung disebabkan kandungan Kafein yang sangat tinggi dan jika kerap mengamalkan kemungkinan ada effect kepada baby.

Tapi untuk pengetahuan semua Mommy to be, MinKaffe ni LESS CAFEIN & mempunyai GARAM BULOH.

Apa yang bagusnya GARAM BULOH ni?




Kebaikan GARAM BULOH dalam MIN KAFEE bagi ibu mengandung:

:: Mengatasi masalah bacaan HB Rendah

:: Menstabilkan gula dalam darah untuk mengelakkan GDM/KENCING MANIS ketika mengandung

:: Menstabilkan tekanan darah yang tinggi atau sangat rendah.

:: Memberi tenaga serta mengenyangkan saat ibu mengalami Morning sikcnes, tidak lalu makan @ kerap muntah pada awal kehamilan.

:: Si Ibu lebih bertenaga & tidak mudah merasa penat sepanjang kehamilan

:: Merawat masalah Cramps dan sembelit.


Kebaikan GARAM BULOH dalam MIN KAFEE bagi ibu menyusu pula:

:: Khasiat Magnesium dalam Min Kaffe akan membantu memudahkan penyerapan kalsium yang sangat penting bagi kesihatan tulang & gigi ibu menyusu.

:: Min Kaffe dapat meredakan stress para ibu akibat masalah atau kesakitan selepas bersalin.
 (Ingat, Punca Utama)

:: Kegagalan penyususan eksklusif ibu adalah stress selain amalan pemakanan yang tidak betul.

:: Membanyakkan dan memekatkan susu badan

:: Ibu menyusu dapat pasti boleh langsing dengan Menyuskan baby.


Pendek kata, Min Kaffe juga sebagai MILK BOOSTER untuk ibu yang menyusukan baby :) 


So setelah Mommy to be sekalian baca INFO yang Yana share kat atas tu, berasa was-was lagi ke untuk mengamalkan minuman MinKaffe ni?

Rasanya tak kot kan hehe InsyaAllah

Okay la Yana pun dah pernah melalui proses kehamilan dan menyusukan baby, tapi masa tu Yana tak kenal lagi dengan MinKaffe ni. (ruginya la kan, tak pe sekarang pun memang Yana mengamalkan MinKaffe untuk elak Migrain) 

Kalau Yana dah kenal masa tu, Yana memang akan mengamalkan minum MinKaffe ni.

Yana alah pada kaffein tau tapi dengan MinKaffe Yana boleh minum tanpa rasa apa-apa alahan. 

Dulu Yana tak minum MinKaffe, Baby keluar kena kuning juga cuma Alhamdulillah tak teruk dan hanya 2-3 hari je. 

Kalau baby kena kuning Jangan jadikan MinKaffe penyebab tapi tengok balik pada cara pengambilan makanan Mommy to be amalkan masa mengandung :-)







Semoga apa Yana share memberi manfaat pada semua InsyaAllah.

Boleh share pada kawan-kawan, sedara mara dan keluarga kalau ada yang masih was-was dengan MinKaffe :-)

Terima kasih Sudi baca








Wednesday 13 September 2017

PREMIUM BEAUTIFUL ANSURAN!

Alhamdulillah selepas Allah s.w.t bagi cuti 2 hari, of course sebab nak bagi diri Yana ni lebih kuat daripada sebelum ni.


Sikit je Allah bagi ujian tapi syukur dah bertambah baik dah.


Biasa la kan, kalau sehari bercuti mesti ada kerja pending kan ini kan 2 hari 


Pelan-pelan Yana siapkan satu per satu kerja yang pending tu, tiba tiba ada bunyi bergegar. Ingatkan ada orang buat renovation kat sebelah  tapi sebab tak henti-henti bergetar, terus check fon.


Wahhhh.Alhamdulillah sekali lagi, Client Yana dah update payment hari ni.


Syukur, Allah s.w.t bagi tak henti-henti.Client Yana ni strangers tau, tak kenal pun.Tapi sebab beliau nak sangat sarung Premium Beautiful, Yana setuju & percaya dengan dia untuk pakai secara ansuran.


Alhamdulillah.


Sebabkan Yana beri kepercayaan penuh & dia pun puas hati dengan servis Yana, memang dia jaga payment setiap bulan dan tak putus-putus bagi feedback positif.


Actually tugas Yana as PB Expert ni, bukan setakat jual je tau, tapi memang guide dari first time sampai bila-bila.


Thats why kami sentiasa berhubungan.Setakat ni, memang Client Yana ni tak pernah miss & balance pun dah tinggal sikit dah. 


Yana pun tak ada lah letak bayaran bulanan yang membebankan, setakat RM200 sebulan memang mampu sangat-sangat la kan.


Lagipun untuk jaga kesihatan seumur hidup, memang berpatutan sangat la kan. Memang sangat JIMAT.


Client pun selalu cakap SYUKUR jumpa awal dengan PB ni sebab tak sanggup nak keluarkan modal untuk treatment yang MAHAL kat luar.


Cukup dengan PB je dah boleh hilang lemak & siap pakej body shape lagi.


Client HappyYana Double Tripple Happy tau 






#No1CertifiedPremiumBeautifulExpert


#PremiumBeautifulPuncakAlam


#PremiumBeautifulSelangor


PROMO


CALCANEAL SPURR!!

Pagi semalam Yana pergi jumpa doctor lagi untuk dapatkan rehat lagi sehari..

oo kalau ada yang masih tak tahu Yana disahkan ada Calcaneal Spurr atau Heel Spurr atau lebih dikenali Taji Tumit.



Sebelum ni memang Yana tak tahu apa penyakit ni, dengar pun tak pernah. Yang Yana tahu Yana sakit kaki sakit tumit. 

Malam sebelum Yana pergi klinik, husband ada cakap Yana kemungkinan kena sakit ni dan tunjuk gambar kat Yana. Tapi bila tengah sakit, tunjuk la apa pun Yana tak heran malah siap cakap lagi "tak kan lah".


Esoknya kerana tak tahan sakit husband terpksa EL hantar Yana ke klinik. Nasib la klinik Panel husband Yana ni macam hospital, X-Ray pun ada sekali. Tak yah la kami keluar jauh ke hospital. 

Sebelum XRay Doc dah bagitahu maybe Yana kena Calcaneal Spurr tapi untuk kepastian kena buat Xray..dalam hati kalau boleh tak nak la ada apa2 penyakit.


Selepas XRay, Yes memang benar sangkaan doctor tumit kaki belah kanan Yana dah tumbuh tulang tajam yang memang Yana sendiri boleh nampak. Malah bukan tu sahaja, otot2 kaki semua dah keras dan bengkak. 

Masa tu hati dah berdebar dan minta doctor terangkan apa penyakit dan rawatannya.
Pada mulanya doctor suggest untuk ubah cara pemakaian kasut dan aktiviti harian di rumah kena pakai selipar. Tak boleh kaki direct pijak lantai or simen. 

Kalau dalam sebulan dua kaki masih sakit dan Xray semula kalau makin panjang ketumbuhan tulang, last solution is Operate!


Masa dengar perkataan operate tu rasa nak nangis, takut semua ada la bercampur baur. Tak pe selesai semua husband bawa Yana balik rumah untuk rehat, dan Yana memang baring je..sebab bila duduk makin sakit kat tumit tu. Semua husband yang bantu, Yana jalan jengket tau bayangkan betapa seksanya!


Malam sebelum tidur, tiba2 Yana teringatkan #BengkungPremiumBeautiful

Kesian nak kejutkan husband bangun bantu sebab siang tu husband dah banyak bantu Yana, dengan gigihnya Yana bangun untuk ambik dan Yana terus balut kaki dengan bengkung PB.


Uolss tahu tak kenapa Yana terpikir nak guna #PB sebagai usaha pemulihan sakit kaki Yana? 

Sebab seperti mana kita tahu #PremiumBeautiful kan ada Far Infra Red yang membantu pengaliran darah. Jadi Yana usaha je (kira macam uji kaji la ni) hehe..


Bila da balut tu, Yana rasa seperti ada denyutan yang mengalir..bukan denyutan sakit tau. Malah kaki Yana rasa hangat, dan lebih selesa.


Esok pagi bangun, Alhamdulillah kaki kiri Yana dah boleh jejak lantai..ngilu sakit pun berkurangan. Cuma kaki kanan je bile jejak lantai ada rasa ngilu cucuk2 lagi..tapi yang pasti semalam perlu bantuan husband untuk pimpin Yana berjalan, harini Yana boleh jalan sendiri.


Pagi semalam jumpa doctor, doctor bagi surat rujukan buat fisioterapi untuk kurangkan sakit. 

Yana pun tanya la kalau fisio nanti apa je treatment diorang lakukan. Doctor bagi tahu, biasanya ultrasound, hot & cold treatment dan gunakan InfraRed. (Jangan tanya nama2 treatment Yana tak reti nak sebut macam doctor sebut ye haha )


So yang bestnya kat sini dalam fisio pun akan digunakan treatment Infrared jadi rasa nya usaha Yana untuk balut kaki dengan bengkung PB tu adalah keputusan yang betul. 

Patut la cepat je surut rasa sakit 

Yana share kat sini bukan nak bagitahu PB boleh hilangkan penyakit ni, tapi Yana nak share manfaat yang Yana dapat dari PB yang boleh kurangkan sakit..

PB memang direka khas lebih kepada kesihatan dan untuk makluman sakit Calcaneal Spurr tak ada rawatan khusus yang boleh menyembuhkan. 

Walaupun dah buat operation sakit ni boleh kembali dalam masa setahun atau 2 tahun selepas operation. (Apa yang doctor share dengan Yana semalam)


Jadi kita hanya mampu usaha untuk kurangkan rasa sakit sahaja. Doakan Yana cepat sembuh ye :-)



#UsahaUntukSembuh

#CalcanealSpurr

#ShareInfo

#No1CertifiedPremiumBeautiful

Thursday 7 September 2017

KENANGAN TERINDAH!

ATOK!!!


Bila terkenang cara abah Yana layan anak2 Yana tiba2 jadi teringat kenangan bersama atok Yana dulu.


Ingat lagi pernah 1 hari tu balik sekolah Yana tengok atok baring atas katil dan terus Yana nangis jumpa atok Yana sebabnya takut tak pandai baca Jawi. 


Masa ni atok duduk kat rumah keluarga Yana kat KL.


Dulu mama Yana ada hantar Yana kelas KAFA tapi tahu je la masa budak2 semua jadi malas tambahan pula mama Yana bekerja memang peluang Yana nak ponteng kelas tu cerah sangat.


Teruk kan perangai dulu haish 


1 hari tu ustazah pernah minta setiap seorang kena baca apa yang ada dalam surat khabar Jawi, siapa tak dapat baca kena berdiri.


Tapi Yana bukan takut kena berdiri tapi malu sebab tak pandai baca! 


Masa tu mula la rasa menyesal ponteng kelas KAFA.


Atok cakap kat Yana, bukan susah pun baca Jawi ni. Yana kan dah pandai baca Quran jadi tak susah pun nak baca Jawi. 


Hari tu pun memang Yana ada bawa balik surat khabar Jawi, jadi haritu memang atok ajar Yana baca Jawi.


Betul cakap atok tak susah pun nak baca 


Haritu juga Yana dapat baca Jawi walaupun tergagap juga la, dan esok nya bila Ustazah masuk kelas cuak tu memang ada tapi bersedia juga kalau kena baca.


Sebenarnya ustazah bukan marah tak pandai baca Cuma Ustazah nak pelajar dia ada effort untuk belajar jika tak pandai dan Alhamdulillah kerana kejadian itu dari Yana tak pandai baca Jawi, Yana jadi pandai baca.


Rindu kenangan bersama atok!


Kalau nak tahu atok Yana adalah guru Yana sampai Yana pandai ngaji dan baca Jawi. Kalau masa dia ngajar baca Quran memang tegas, Yana ada ngaji kat rumah makcik lain juga tapi bila atok datang rumah Yana kena ngaji dengan atok juga.


Banyak lagi kenangan bersama atok kalau Yana nak ceritakan, tapi ini adalah salah satunya 


Kenangan terindah bersama atok tak pernah dilupakan 


(Haji Mat Amin) – Al - Fatihah



#Throwback#RinduAtok