Wednesday 13 September 2017

CALCANEAL SPURR!!

Pagi semalam Yana pergi jumpa doctor lagi untuk dapatkan rehat lagi sehari..

oo kalau ada yang masih tak tahu Yana disahkan ada Calcaneal Spurr atau Heel Spurr atau lebih dikenali Taji Tumit.



Sebelum ni memang Yana tak tahu apa penyakit ni, dengar pun tak pernah. Yang Yana tahu Yana sakit kaki sakit tumit. 

Malam sebelum Yana pergi klinik, husband ada cakap Yana kemungkinan kena sakit ni dan tunjuk gambar kat Yana. Tapi bila tengah sakit, tunjuk la apa pun Yana tak heran malah siap cakap lagi "tak kan lah".


Esoknya kerana tak tahan sakit husband terpksa EL hantar Yana ke klinik. Nasib la klinik Panel husband Yana ni macam hospital, X-Ray pun ada sekali. Tak yah la kami keluar jauh ke hospital. 

Sebelum XRay Doc dah bagitahu maybe Yana kena Calcaneal Spurr tapi untuk kepastian kena buat Xray..dalam hati kalau boleh tak nak la ada apa2 penyakit.


Selepas XRay, Yes memang benar sangkaan doctor tumit kaki belah kanan Yana dah tumbuh tulang tajam yang memang Yana sendiri boleh nampak. Malah bukan tu sahaja, otot2 kaki semua dah keras dan bengkak. 

Masa tu hati dah berdebar dan minta doctor terangkan apa penyakit dan rawatannya.
Pada mulanya doctor suggest untuk ubah cara pemakaian kasut dan aktiviti harian di rumah kena pakai selipar. Tak boleh kaki direct pijak lantai or simen. 

Kalau dalam sebulan dua kaki masih sakit dan Xray semula kalau makin panjang ketumbuhan tulang, last solution is Operate!


Masa dengar perkataan operate tu rasa nak nangis, takut semua ada la bercampur baur. Tak pe selesai semua husband bawa Yana balik rumah untuk rehat, dan Yana memang baring je..sebab bila duduk makin sakit kat tumit tu. Semua husband yang bantu, Yana jalan jengket tau bayangkan betapa seksanya!


Malam sebelum tidur, tiba2 Yana teringatkan #BengkungPremiumBeautiful

Kesian nak kejutkan husband bangun bantu sebab siang tu husband dah banyak bantu Yana, dengan gigihnya Yana bangun untuk ambik dan Yana terus balut kaki dengan bengkung PB.


Uolss tahu tak kenapa Yana terpikir nak guna #PB sebagai usaha pemulihan sakit kaki Yana? 

Sebab seperti mana kita tahu #PremiumBeautiful kan ada Far Infra Red yang membantu pengaliran darah. Jadi Yana usaha je (kira macam uji kaji la ni) hehe..


Bila da balut tu, Yana rasa seperti ada denyutan yang mengalir..bukan denyutan sakit tau. Malah kaki Yana rasa hangat, dan lebih selesa.


Esok pagi bangun, Alhamdulillah kaki kiri Yana dah boleh jejak lantai..ngilu sakit pun berkurangan. Cuma kaki kanan je bile jejak lantai ada rasa ngilu cucuk2 lagi..tapi yang pasti semalam perlu bantuan husband untuk pimpin Yana berjalan, harini Yana boleh jalan sendiri.


Pagi semalam jumpa doctor, doctor bagi surat rujukan buat fisioterapi untuk kurangkan sakit. 

Yana pun tanya la kalau fisio nanti apa je treatment diorang lakukan. Doctor bagi tahu, biasanya ultrasound, hot & cold treatment dan gunakan InfraRed. (Jangan tanya nama2 treatment Yana tak reti nak sebut macam doctor sebut ye haha )


So yang bestnya kat sini dalam fisio pun akan digunakan treatment Infrared jadi rasa nya usaha Yana untuk balut kaki dengan bengkung PB tu adalah keputusan yang betul. 

Patut la cepat je surut rasa sakit 

Yana share kat sini bukan nak bagitahu PB boleh hilangkan penyakit ni, tapi Yana nak share manfaat yang Yana dapat dari PB yang boleh kurangkan sakit..

PB memang direka khas lebih kepada kesihatan dan untuk makluman sakit Calcaneal Spurr tak ada rawatan khusus yang boleh menyembuhkan. 

Walaupun dah buat operation sakit ni boleh kembali dalam masa setahun atau 2 tahun selepas operation. (Apa yang doctor share dengan Yana semalam)


Jadi kita hanya mampu usaha untuk kurangkan rasa sakit sahaja. Doakan Yana cepat sembuh ye :-)



#UsahaUntukSembuh

#CalcanealSpurr

#ShareInfo

#No1CertifiedPremiumBeautiful

No comments:

Post a Comment